Monday, February 4, 2013

Asal Usul Istana Negara Yang lama


Assalamualaikum

Terpanggil Untuk menyimpan artikel ni di sini.dapat dari MStar..
Alhamdulillah ..pengetahuan untuk anak2 di masa akan datang..




Lama itu emas: Dr Mubarak Chan, merupakan anak lelaki paling bongsu bagi mendiang Chan Wing.
BAGI kebanyakan orang, memasuki Istana Negara lama yang dibuka kepada orang awam buat pertama kali pada 1 Februari 2013, akan memberikan satu pengalaman yang mengujakan.
Bagaimanapun, bagi segelintir mereka, ia akan menjadi sebagai satu ziarah seorang sahabat lama.
Bagi Dr Mubarak Chan Chin Cheung, 79, yang mana kehidupannya yang tidak gembar-gemburkan, bermula dengan rumah agam yang sangat cantik yang terletak di atas cerun bukit.
“Saya dilahirkan di sini pada 1934, yang paling muda di antara 22 adik-beradik. Rumah agam ini merupakan kediaman keluarga terutama ia dibina oleh ayah saya yang mahukan seluruh ahli keluarga tinggal di tempat yang sama,” katanya.
Rumah agam itu dibina oleh arkitek Swan dan McLaren, yang memiliki firma seni bina yang tertua di Singapura setakat ini dan turut bertanggungjawab terhadap pembinaan di Rumah Bok Jalan Ampang dan Hotel Raffles di Singapura.
Ia mempunyai beberapa bilik tidur, dua perpustakaan, dua bilik permainan kad, dua bilik muzik, sebuah bilik ‘altar’, sebuah bilik tukang gunting rambut, dua dapur dan sebuah dewan makan yang besar yang boleh memuatkan 10 meja.
Kenangan lama: Kediaman keluarga Chan mempunyai sebuah kolam teratai yang besar di taman kawasan itu.
“Kami juga mempunyai sebuah kolam teratai yang sangat besar di taman dan berdekatan dengannya terdapat rumah sekolah.
“Ia turut juga mempunyai sebuah dusun dengan beberapa pokok buah-buahan,” kata Chan sambil menambah bahawa beliau dapat melihat Batu Caves dari tingkap bilik tidurnya.
Hartanah di atas tanah berkeluasan 5.26 hektar itu bertentangan dengan Sungai Klang dan Chan diingatkan acara-acara yang meriah sering diadakan di rumah agam itu.
“Bapa saya biasanya menghiburkan para tetamu dalam satu majlis besar-besaran dengan tarian singa semasa Hari Tahun Baru China. Perabot-perabot istimewa disusunkan dan rumah akan dihias begitu indah,” katanya, sambil menambah bahawa mereka sering menjemput kumpulan kontinjen Polis Selangor untuk bermain muzik.
Beliau turut mengenangkan seekor patung harimau yang diawet, dengan panjangnya kira-kira dua meter berada di kedudukan utama di bawah salah satu tangga, yang diletakkan di dalam sebuah kotak kaca.
Haiwan itu telah ditembak di salah sebuah ladang getah di Johor, yang dimiliki oleh bapa beliau, Chan Wing.
Keturunan Chan berasal dari wilayah Guandong di China semasa zaman remajanya bagi mencari peluang yang lebih baik pada 1889.
Berdiri megah: Gambar Istana Negara lama pada 1945, yang menunjukkan bangunan rumah agam dengan balkoni di tingkat dua dan kubah kecil di atas bumbung.
Beliau bertuah apabila Syarikat Hong Fatt Mining yang diasaskan olehnya bersama beberapa yang lain menjadi lombong timah secara terbuka yang terbesar dan terdalam di dunia.
Ia kini menjadi tapak bagi The Mines Resort City.
Ini mendorong kepada beberapa lagi kejayaan usaha beliau termasuk mengasaskan Bank Kwong Yok Kuala Lumpur secara usaha sama.
Chan menjejaki tanah istana pada 1977 bagi menerima pingat Johan Mangku Negara, saat terakhir beliau memanggilnya sebagai kediaman pada 1941, sejurus sebelum keluarganya terpaksa melepaskannya apabila peperangan tercetus di Tanah Melayu.
Keluarganya menyelamatkan diri dengan pelbagai cara, dan akhirnya menyebabkan masing-masing terpisah di seluruh dunia, di mana bapanya dan seorang abang di Perth Australia dan beberapa ahli keluarga yang lain di India.
Semasa ketiadaan mereka, rumah agam itu dirampas dan banyak barang telah hilang.
Akhirnya, ia menjadi kediaman rasmi bagi Gabenor Jepun di Tanah Melayu dari 1942 sehingga 1945 dan, selepas perang berakhir, Pentadbiran Ketenteraan British menggunakannya dari 1946 sehingga 1951 sebagai kuarters bagi para pegawainya bagi pangkat Brigadier ke atas.
Individu di sebalik rumah agam: Mendiang Chan Wing tiba di Tanah Melayu pada zaman remajanya dan mencipta kejayaan dalam bidang perlombongan timah dan perbankan.
“Kemudian dari 1952 sehingga 1956, rumah agam itu disewakan oleh kerajaan negeri Selangor sebanyak 5,000 Straits Dollars dan selepas itu, pada 1957, kediaman kami dijual kepada kerajaan persekutuan dengan 1.4 juta untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong,” kata Chan.
Salah satu perubahan besar terhadap hartanah itu sejak keluarganya menetap di situ adalah kedudukan pintu masuk utama.
“Pintu masuk sekarang dibuat semasa pendudukan Jepun. Apabila ayah saya membina rumah ini, pintu masuk adalah di mana pintu belakang sekarang. Ia dilihat sebagai ‘feng shui’ yang lebih baik,” katanya.
Sebagai sebuah istana, bangunan itu melalui beberapa pengubahsuaian, termasuk satu perubahan pada 1980 untuk membina Balairong Seri Utama yang digunakan buat pertama kami semasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh.
Chan begitu kesal apabila orang ramai seolah-olah melupakan pembina bagi istana lama itu, dan tiada satu pun jalan yang mengambil bersempena dengan nama pembinanya.
“Malah beliau (pembina) merupakan ahli lembaga pengarah bagi Sekolah Cina Confucian bersama dengan beberapa individu seperti Chan Sow Lin dan Loke Chow Kit,” katanya, sambil menambah bahawa pendidikan adalah amat penting untuk Chan Wing dan 15 ahli keluarganya yang belajar di Universiti Cambridge antara 1920 dan sekarang, termasuk dirinya sendiri.

Tuesday, January 29, 2013

Majlis Aqiqah dan cukur jambul Muhammad adam Yusry

Assalamualaikum semua

Huwaaaaaaaaa...!!! apa2 hal kita nangis dulu..
Bukan tak sayang kat blog 'my story' nih..sayaaaang sgt2..kalau tak sayang dah lama aku humban ke dlm sg rembau nun..kikiki...
Apa kan daya mmg tuan tanah kedaung sibuk sgt2..baru la ni lah kita dpt meluangkan masa dan  mencatatkan kenangan baru di sini..
Muqadimah utk tahun baru 2013 ni kita jamu mata lah dgn gambar2 sempena majlis aqiqah dan cukur jambul si teruna bongsu adik aku Muhammad Adam Yusry bin Yusrizan...Beliau lahir hanya seminggu selepas kembalinya datuk kesayangan abang dan kakak2 Adam ke rahmatullah..
Begitu lah rasmi kehidupan..Bila ada yang meninggal pasti akan lahir orang baru ke dunia...
Adam merupakan anak buah bongsu buat masa ini dan sudah pastinya menjadi gomolam sepupu sepapat dan mak2 saudara juga bapa saudara Adam....

Pelamin buaian Adam

 Apam Polkadot


 Muhammad Adam Yusry


 Adam dengan mama


 Anak2 dara Tn Hj Mustafa


 kumpulan Marhaban


lagi kumpulan marhaban



Thursday, July 19, 2012

Madah kecil dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua

Kita bertemu lagi di malam yang mulia ini malam Jumaat..InsyaAllah lusa kita akan berpuasa..
Aku pun akan mula menyibukkan diri di opis aku atas urusan pemakanan utk anak2 dan org rumah aku..haha
Agak pelik bunyi nya kan?..Orang rumah..yaaaaa...sejak en suami sudah menamatkan servisnya dgn syarikat yang dulu beliau lebih banyak mengisi masanya di rumah bersama2 dgn aku..Haiissshhh..seronok babe..semua kerja en somi yg buat...tapi bukan utk selamanya beliau di rumah..Untuk sementara waktu sahaja...haiisshhh...sekali lagi...

Untuk sesiapa yang suka mengandai kan kami ni dengan sesuka hati mereka..harap ini dpt membantu kalian utk membuka mata hati kalian..ahakssssss...




Anda akan kembali siapa tahu?.
Ini kerja tuhan kannnnnn???
Sebagaimana yang selalu kami ucapkan..
Kami serahkan segala2nya....ulang lagi 
segala2nya kepada Allah swt kerana DIA lebih mengetahui
apa yang tersirat dan tersurat...
Sementara itu  kami tetap bahagia dengan cara kami...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Nasihat aku ialah.......

Assalamualaikumn


Jangan lah kata aku nak tunjuk baik okayyyy
Ini kebenarannya..
InsyaAllah
Hati kita akan tenang kalau kita amalkan perbuatan yang mulia ini
Bulan Ramadhan ni ni bawak2 lah bertenang

(pic ikhsan dr pencinta illahi)


Untuk Kamu


Assalamualaikum

Arrgggghhhh...Ingatkan nak bercuti..
Tak jadilah
Tetiba rasa rindu pulak nak berceloteh di 'my story'.
Tiada kata2 hanya post2 madah2 buat santapan saya..
Jika ada terasa tu nasib badan lah
Blog saya punya
Kalau suka buat lah blog sendiri....ahaks
And here is my story begins....




Tuesday, May 22, 2012

Selamat Tinggal (sementara)......

 Assalamualaikum semua

Bertemu lagi kita pada hari ini .pada malam ini di mana saya kira ini mungkin entri terakhir saya untuk tahun ini..
Blog 'my story' terpaksa saya tinggalkan buat sementara waktu..Ada yang rindu ke tu?..hehe..taulah 'my story' adalah blog yang telah saya anak tirikan..Fokus saya pada ' my kitchen'..maafkan saya
Andai ada salah dan silap saya sewaktu saya berbicara di sini,saya mohon ribuan keampunan dan kemaafan..
Blog ini lebih merupakan catitan peribadi saya..Ada yang suka dan tidak kurang juga yang terasa..Apa kan daya saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari rasa marah,sayang,cemburu,geram dan ribuan rasa yang tidak dapat saya gambarkan dengan perbuatan dan hanya dengan tulisan lah saya berbicara...

Andai ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


 Saya sedih sebenarnya
Tapi saya terpaksa
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi menjelang hujung tahun ini



Saya pasti akan rindukan beberapa orang teman yang sering berkunjung ke 
',my story'


Terima Kasaeh saya ucapkan pada kalian yang tidak jemu2 singgah ke sini


Bermula hari ini
1 Rejab 1433H hingga ke suatu masa yang tidak dapat di tentukan saya akan menyibukkan diri dan buat2 sibuk



Catitan ini saya tinggalkan buat anak2 buah yang amat2 saya sayangi..(you know who you are)



speechless...
this is how i feel and wanted to tell you..

Wednesday, January 4, 2012

Nak meniaga?...Carilah di Guangzhou,China..

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua?
Rasa2nya belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012..
Semoga tahun ini kejayaan demi kejayaan akan terus berada bersama2 aku dan keluarga..Amiiiin Ya Robbb
Okay berbalik pada tajuk n3 aku kali ni,pada 28hb dis yang baru berlalu tu hari aku berangkat ke negara China...Kalau teman2 aku di mykitchen mengusik aku dgn mengatakan 80% gambar2 aku mengenai shopping dan bukan melancong,jawapannya ialah YA..aku ke sana bukan utk tujuan melancong..Lebih kepada survey2 harga dan tempat.Umum mengetahui anak kedua (bangah) aku amat2 berminat dan telah pun menceburi bidang perniagaan..dan sudah pun mendapat tempat dan dlm proses utk mendapatkan shoplot di shah alam sana.
Maka apabila adik aku yang mmg sudah lama involve dlm bidang perniagaan fabrics dan textile ni mempelawa aku utk kesana,aku umpama org mengantuk di sorongkan bantal lah jawapnya kan?...
Sedikit kerugian sebab kali ni kami mengikuti rombongan family day opis makcik aku,maka kunjungan kami sedikit sebanyak terjejas di sebabkan ada pihak yg mahu ke sini dan ada pulak pihak yang mahu ke sana.
Walau apa pun aku dapati barangan di sana jauh lebih murah kalau nak di bandingkan dgn yang ada di Indon sebab di Indon tu pun sebahagian materialnya datang dari China.
Yang tidak selesanya di negara China ni ialah toilet..bukan tidak bersih....majoriti toilet yg aku masuk semua bersih cuma takde paip air dlm tandas..maknanya korang kena sentiasa bawa botol kosong utk masuk toilet..Diluar tandas ada sinki..masukkan air paip dlm botol kosong dan gunakan utk utk bersuci...
Itu saja story aku utk hari ni..kepala aku masih sengal lagi dengan hidung yang tersumbat dan tekak yang payau...insyaAllah n3 lain kali aku story lagi ya...


 ini lorong menuju ke bilik hotel.kecik2 je lorong nya

 anak sedara aku aiman sedang mengemas bilik kami yang macam kucing beranak..apa taknya..keluar pagi2 lepas suboh balik dah malam2 terus tido

 jalanraya di hadapan hotel tempat kami menginap

 kat kedai ni dia tunjukkan cebisan kain begini.korang pilihlah nak material yg mana satu.lepas tu diorang akan ambik di stor..kena beli sekayu kalau gini gayanya..boleh juga beli dlm bentuk meter tapi dlm kuantiti yg banyak lah

 ini fabric kesukaan aku.maklum bila pakai linen dapat tipu sikit badan ni.nampak kurus le..kehkeh
tapi ada juga yg berkata tak tahan pakai linen.panas.tak tahan pakai linen,kain dia suka kerinyut..leceh
aku?okay aje..sebab tu aku beli byk kain linen ni

 pilihlah design yg mana satu..nak corak mana patern mcm mana..sampai je terus tempah nak balik nanti baru ambik..
aku temankan orang je ke sini tapi tak tempah langsir pun sebab budget aku dah lari.lebih kepada beli brg utk anak2.lagi pun dlm kepala ni kata..aku akan dtg lagi tahun ni..kena survey tiket lagi lah nampaknya..hahaha

 depan onelink..kat sini penuh dgn barangan accesories.siapa2 nak meniaga,cincin,gelang,rantai,jam tangan segala boleh lah ke sini..bukan saja di sini.di kawasan peresekitaran nya pun ada..kat belakang bangunan ni lah ada jual barangan utk membaking..tapi aku dah terlambat.dah nak balik baru tau..acececeh..suruh datang lagilah gamaknya tu kan????hahaha

ini kat jongda (not sure about the spelling)
penuh dgn kain,mcm2 jenis kain tapi kena beli byk2.berkayu koyan..dengar cerita kat bhg belakang ada byk lagi dan laaagi murah..
wah pandai diorang ni..maknanya kita kena byk tau tempat2 tersorok utk mendapatkan barangan murah2 kat sini